Sunday 13 November 2011

Selamat menghadapi peperiksaan SPM 2011

Assalamualaikum,

Hari ini, 14 November 2011,merupakan tarikh yang amat bersejarah bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 di seluruh negeri. Hal ini kerana pada hari ini, mereka akan menghadapi peperiksaan SPM.

Kami dari pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling SHAMS mengucapkan selamat menjawab peperiksaan SPM kepada para pelajar tingkatan 5  yang diadakan pada hari ini. Semoga anda dapat menjawab soalan yang diberikan dengan tenang.




Doa untuk menghadapi peperiksaan


*Imej dari Iluvislam.com


Berikut adalah antara beberapa doa yang boleh diamalkan semasa menghadapi peperiksaan.


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit - 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa'
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh




*sumber daripada http://umiscupcake.blogspot.com/

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons