Monday 31 October 2011

Kambing dan Telaga Buta



  Ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta.Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang.Orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan
kambing tersebut dari perigi buta itu.Perbincangan mengambil masa berhari-hari.Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut.Akhirnya mereka telah bersepakat untuk mengambus
perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelak bau busuk bangkai si kambing.

  Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu.Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing.Bukan sekadar tejatuh dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh
penduduk kampung.Pasti tamat riwayat si kambing.Namun kambing tesebut tidak berputus asa.setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan
tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.

  Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan si kambing, sebaliknya dia makin bersemangat.Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar
daripada perigi tersebut.Akhirnya si kambing itu terselamat.Dia melompat dengan girang.

PENGAJARAN: Allah berfirman yang bermaksud: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Inshirah 94: 5-6).

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons