Wednesday 21 March 2012

Tahniah kepada pelajar-pelajar SPM 2012!

Alhamdulillah ,
seramai 50 orang pelajar SPM tahun 2011 telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang sekaligus mengharumkan nama sekolah dengan menempatkan sekolah pada tempat keenam bagi keseluruhan negeri Terengganu pada gred 2.0

Juga ucapan tahniah buat pelajar cemerlang, Fatin Amalia yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang 11A+

Bagi yang kurang berjaya, jangan terlau bersedih.
Lapangkan dada, dan bermuhasabahlah.
Allah sentiasa berikan apa yang terbaik buat kita. :


*sumber asal daripada Facebook rasmi SMKA Sheikh Abdul Malek

Sunday 13 November 2011

Selamat menghadapi peperiksaan SPM 2011

Assalamualaikum,

Hari ini, 14 November 2011,merupakan tarikh yang amat bersejarah bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 di seluruh negeri. Hal ini kerana pada hari ini, mereka akan menghadapi peperiksaan SPM.

Kami dari pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling SHAMS mengucapkan selamat menjawab peperiksaan SPM kepada para pelajar tingkatan 5  yang diadakan pada hari ini. Semoga anda dapat menjawab soalan yang diberikan dengan tenang.

Video Korporat UBK SHAMS



Video ini dibuat oleh Nurul Shafiqah, Nur Alya Aqilah dan Nur Syafiqah.

Monday 31 October 2011

Kambing dan Telaga Buta



  Ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta.Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang.Orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan
kambing tersebut dari perigi buta itu.Perbincangan mengambil masa berhari-hari.Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut.Akhirnya mereka telah bersepakat untuk mengambus
perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelak bau busuk bangkai si kambing.

  Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu.Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing.Bukan sekadar tejatuh dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh
penduduk kampung.Pasti tamat riwayat si kambing.Namun kambing tesebut tidak berputus asa.setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan
tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.

  Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan si kambing, sebaliknya dia makin bersemangat.Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar
daripada perigi tersebut.Akhirnya si kambing itu terselamat.Dia melompat dengan girang.

PENGAJARAN: Allah berfirman yang bermaksud: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Inshirah 94: 5-6).

Sedih Bukan Penyelesaian

altDunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu di teruskan selagi hayat di kandung badan.
Jika hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya kurang bernasib baik dari kita. Jangan kita memandang orang yang berada di atas, kelak kita sendiri yang akan binasa kerana terlalu menginginkan hidup yang mewah.

Renungkan...

Masataka Tomozoe, usahawan dan jutawan Jepun pernah berkata:


“Saya hanya mahu berfikir secara positif, saya cuba sedaya upaya untuk melupakan perkara yang buruk dan biar apapun yang terjadi, saya cuba untuk tidak berfikir secara negatif. Yang utama ialah untuk melihat ke depan, kerana walau Anda tidak mengendahkan hari esok, ia tetap akan datang”.
Kita sebagai hamba, diberi tugas oleh Allah sebagai khalifah dimuka bumi. Tugasan hidup kita sudah jelas, iaitu untuk seorang hamba yang berjaya menjalankan perintah Tuhannya dengan cukup bagus. Maknanya, Anda dan saya ada peranan masing-masing dalam hidup kita ni.
Kita mungkin seorang bapa, seorang ketua di tempat kerja, seorang suami dan seorang anak. Walau siapa jua kita, kita tetap ada beberapa tanggungjawab untuk dilaksanakan dengan penuh cemerlang. Terpulang pada kita bagaimana kita melakukannya.
Kita sendiri pun bagi tugasan dengan seseorang, kita nak tugasan tu dilaksanakan dengan cukup bagus, hebat sekali mengikut kemahuan kita. Bila orang yang kita suruh tak buat kerja, atau kerjanya tak cukup bagus, kita tak berpuas hati kekadang naik hangin. Mungkin, begitu juga dengan Allah apabila berdepan perangai kita yang sedikit ‘degi’.
Mungkin sebab itu juga DIA menurunkan masalah, sebagai balasan atas perbuatan kita, kedegilan kita.
Untuk membuat sesuatu dengan cukup cemerlang, bagus dan hebat sekali, kena berfikir secara positif, lupakan semua yang buruk juga yang menyakitkan hati kemudian bergerak mencapai matlamat. Maafkan semua orang yang pernah menyakitkan hati, selepas itu fokuskan sepenuh perhatian pada usaha memajukan diri. Kita akan buang banyak masa jika terlalu kerap melayan semua yang negatif.

Friday 28 October 2011

Program/Aktiviti Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Tahun 2011

TAKWIM PROGRAM UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SHAMS TAHUN 2011


1 . Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (3 - 6 Januari 2011)
2 . Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (3 - 5 Januari 2011)
3 . Program Jom Masuk U (14 Januari 2011)
4 . Program Tahbib Al-Lughah (17 Januari 2011)
5 . Program Kecemerlangan SPM dan STPM dengan kerjasama MSU (25 Januari 2011)

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons